Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland selepas menewaskan lawan dari Denmark, Victor Svendsen, dengan keputusan straight-set di Basel sebentar tadi.

Selepas mudah melepasi cabaran lawan tidak ternama dari Russia, Sergey Sirant, dalam pusingan pertama, Zii Jia, bagaimanapun, menimbulkan sedikit kegusaran apabila ketinggalan 14-10 dalam set pembukaan.

Tetapi selepas itu, pilihan kedua kejohanan berkenaan meraih 10 mata berturut-turut sebelum unggul dengan kemenangan 21-15.

Aksi saling berkejaran mata dapat disaksikan pada awal set kedua, namun selepas mendahului 9-8, Zii jia langsung tidak menoleh ke belakang untuk menamatkan pertarungan selama 34 minit itu selaku pemenang dengan keputusan 21-11.

Seterusnya, jaguh negara itu akan berdepan pemain India, B. Sai Praneeth, untuk merintis laluannya ke separuh akhir.

RESULTS: YONEX Swiss Open Round 2 #MAS ?? Lee Zii Jia (2) def. #DEN ?? Victor Svendsen 21-15 21-11 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 4 March 2021