Terbuka Switzerland: Zii Jia balas kritikan dengan layak ke separuh akhir

Oleh Muzaffar Musa 6 Mac 2021 13723
Terbuka Switzerland: Zii Jia balas kritikan dengan layak ke separuh akhir
Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, meneruskan aksi cemerlangnya apabila mengesahkan laluan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland sebentar tadi.

Selepas dikritik hebat berikutan prestasi buruknya dalam dua kejohanan Terbuka Thailand sebelum ini, jaguh negara itu bangkit mempamerkan semangat juangnya di Basel.

Turun selaku pilhan kedua kejohanan, Zii Jia tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan wakil India, B. Sai Praneeth, dengan kemenangan straight set.

Zii Jia bermula baik apabila memperoleh empat mata berturut-turut pada awal set pertama dan sejak itu, dia tidak pernah ketinggalan di belakang Sai Praneeth untuk memenangi penentuan itu dengan 21-14.

Secara keseluruhannya, wakil negara itu hanya memerlukan 45 minit untuk menewaskan lawan yang merupakan pilihan kelima kejohanan berkenaan susulan kemenangan 21-17 dalam set kedua.

Seterusnya, Zii Jia akan berdepan lawan dari Thailand, KunlavutVitidsarn, dalam separuh akhir esok.

 

RESULTS: YONEX Swiss Open QF #MAS šŸ‡²šŸ‡¾ Lee Zii Jia (2) def. #IND šŸ‡®šŸ‡³ Sai Praneeth B. (5) 21-14 21-17 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, 5 March 2021

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen