Terbuka Switzerland: Thinaah-Pearly wakil tunggal negara ke final

Oleh Ammar Hakim 6 Mac 2021 6829
Terbuka Switzerland: Thinaah-Pearly wakil tunggal negara ke final
Beregu wanita, M. Thinaah-Pearly Tan, menjadi wakil tunggal negara mara ke final Terbuka Switzerland selepas mengatasi rakan senegara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, sebentar tadi.

Barisan pemain negara menampilkan aksi cemerlang apabila dalam setiap kategori memiliki wakil dari Malaysia, bagaimanapun, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Lai Pei Jing tersingkir diikuti pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia.

Thinaah-Pearly ketinggalan terlebih dahulu dalam set pertama apabila Mei Kuan-Meng Yean menang set pertama 21-10 sebelum mereka bangkit dalam dua set berikutnya, 21-14, 21-16.

Wakil Bulgaria, Gabriel Stoeva-Stefani Stoeva, yang juga pilihan ketiga menjadi halangan terakhir buat Thinaah-Pearly dalam usaha merebut kejuaraan esok.
 

Sementara itu, pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, turut tersingkir apabila gagal mengatasi lawan dari Jerman, Mark Lamfuss-Marvin Seidel selepas tewas 13-21, 21-13, 16-21. 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen