Terbuka Switzerland: Pearly-Thinaah cipta kejutan muncul juara 

Oleh Ammar Hakim 7 Mac 2021 9891
Terbuka Switzerland: Pearly-Thinaah cipta kejutan muncul juara 
Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, melakukan impak di luar jangkaan apabila bergelar juara Terbuka Switzerland, sebentar tadi.

Turun di gelanggang St Jakobshalle, Basel, pasangan kebangsaan itu menumpaskan pilihan ketiga kejohanan dan ranking ke-14 dunia dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-19, 21-12 dalam tempoh 43 minit.

Kemenangan itu sekaligus merekodkan kejuaraan pertama Pearly-Thinaah dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.
   

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen