Terbuka Hong Kong: Aaron-Wooi Yik kandas dalam suku akhir

Oleh Penulis Jemputan 15 November 2019 2576
Terbuka Hong Kong: Aaron-Wooi Yik kandas dalam suku akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tewas bermaruah kepada beregu nombor tiga dunia, Li Jun Hui-Liu Yu Chen, dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong hari ini.

Gandingan nombor 12 dunia itu sebelumnya mengejutkan pasangan kelapan dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen, dalam pusingan kedua untuk mencongak perhitungan dengan lawan dari Negara Tembok Besar itu.

Dan mereka mengimbangi pasangan China itu sebelum tunduk 17-21 dalam set pertama.

Pasangan negara itu, yang merupakan finalis Kejohanan Seluruh England, bangkit untuk menang 21-19 dalam set kedua bagi membawa perlawanan ke set penentuan.

Penonton di Hong Kong Coliseum itu jelas tidak senang duduk ketika mata terikat 20-20 dalam set ketiga, namun Jun Hui-Yu Chen lebih bijak memanfaatkan peluang untuk menang 23-21.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen