Terbuka Denmark: Pendekatan baru jadi sandaran beregu wanita negara 

Oleh Staff Writer 11 Oktober 2019 678
 Terbuka Denmark: Pendekatan baru jadi sandaran beregu wanita negara 
Tugas berat menanti barisan pemain beregu wanita negara menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Denmark yang bakal membuka tirai Selasa ini apabila masing-masing membawa misi untuk mengelak daripada igauan tersingkir awal.

Malaysia bakal diwakili dua gandingan, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen, dalam acara beregu wanita kejohanan bertaraf Super 500 itu di Odense, Denmark.

Skuad beregu wanita mengharungi kempen yang suram di pentas antarabangsa bagi 2019 apabila gagal meraih sebarang kejuaraan, dengan pencapaian terbaik mereka hanyalah boleh disandarkan kepada Mei Kuan-Meng Yean yang bergelar naib juara Terbuka India, Mac lalu.

Selebihnya, mereka kerap terkandas di peringkat suku akhir, dengan Vivian-Cheng Wen juga mengalami nasib sama apabila tersingkir awal.

"Kami menerapkan pelan permainan dan strategi yang baru ketika berlatih.

"Kami akan melihat sejauh mana hasilnya kelak dalam Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis," kata Mei Kuan yang akan berdepan wakil Perancis, Delphine Delrue-Lea Palermo, dalam pusingan pertama ketika ditemui Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. 

Sementara itu, Vivian pula yang akan berhadapan pilihan kelima Terbuka Denmark, Greysia Poli-Apriyani Rahayu dari Indonesia berkata: "Prestasi lawan mungkin lebih tekal sementara kami pula kadang-kadang beraksi bagus dan tidak."

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen