Pemain badminton perseorangan negara, Soniia Cheah, melakukan kejutan apabila mengalahkan pemain nombor empat dunia, Akane Yamaguchi dari Jepun, seterusnya mara ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka China di Fuzhou hari ini.

Pemain bukan pilihan kejohanan itu mengalahkan pemain pilihan kedua itu 21-19, 21-16 dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Haixia, mengikut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF): www.bwfbadminton.com.

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, turut mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan pasangan pilihan kelapan, Marcus Ellis-Lauren Smith dari England, 21-18, 21-10 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.

Pasangan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, juga melakukan satu lagi kejutan dengan menewaskan pasangan pilihan keenam dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu, 21-19, 21-16.

Kejohanan Jelajah Super 750 BWF itu menawarkan hadiah keseluruhan ASD700,000 (RM2.855 juta).

KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA:

Beregu Lelaki:

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mn Di Zi Jian-Wang Chang (CHN) 21-18, 21-12

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn Attri Manu-Reddy B. Sumeeth (IND) 23-21, 21-19


Perseorangan Wanita:

Soniia Cheah mn [2] Akane Yamaguchi (JPN) 21-19, 21-16


Beregu Wanita:

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn [6] mn Greysia Polli-Apriyani Rahayu (INA) 21-19, 21-16


Beregu Campuran:

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying [6] mn Thom Gicquel-Delphine Delrue (FRA) 21-19, 21-19

Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mn [8] Marcus Ellis-Lauren Smith (ENG) 21-18, 21-19

-- BERNAMA