Terbuka China: Aaron-Wooi Yik temui rentak ke suku akhir

Oleh Staff Writer 7 November 2019 6669
 Terbuka China: Aaron-Wooi Yik temui rentak ke suku akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mencipta kejutan dalam Terbuka China di Fuzhou hari ini apabila menyingkirkan pilihan kelima dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, untuk muncul sebagai beregu lelaki tunggal negara yang mara ke suku akhir. 

Dalam pertarungan selama 49 minit di Pusat Sukan Olimpik Haixia itu, beregu negara terlebih dahulu tumbang 13-21 sebelum bangkit melakar kemenangan dalam dua set berikutnya 21-18, 21-16 untuk menempah pertemuan dengan juara dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, esok. 

Ia juga merupakan kemenangan ketiga mereka ke atas lawan yang sama tahun ini menjelang Sukan SEA Filipina hujung bulan ini. 

Begitupun, rakan sepasukan, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, gagal mengiringi mereka apabila terkandas kepada pilihan keempat dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda, 20-22, 18-21.

Sementara itu, masalah kesihatan menggugat laluan Lee Zii Jia sehingga memaksanya menarik diri dalam pertengahan set kedua ketika berdepan jaguh perseorangan dunia, Kento Momota. 

Pemain utama negara itu terlebih dahulu tumpas 9-21 sebelum tidak dapat meneruskan pertarungan ketika di kedudukan 3-11. 

Keputusan lain: 

Perseorangan wanita
Soniia Cheah kk Michelle Lee (CAN) 14-21, 10-21

Beregu wanita
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Ekaterina Bolotova-Alina Davletova (RUS) 21-17, 21-12

Beregu campuran 
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Robin Tabeling-Selena Piek (NED) 21-18, 21-13

Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mn Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (INA) 23-21, 21-13

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing kk Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) 12-21, 17-21

Kredit imej: myallsports.com

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen