Sukan Para Asia 2018: Leik Hou buru koleksi baru acara berpasukan

Oleh Penulis Jemputan 5 Oktober 2018 78
Sukan Para Asia 2018: Leik Hou buru koleksi baru  acara berpasukan
Pemain badminton para nombor satu negara, Chieh Liek Hou, mahu menjadikan acara berpasukan yang kali pertama dipertandingkan dalam Sukan Para Asia Jakarta sebagai koleksi terbarunya selepas cemerlang dalam acara individu bagi dua edisi terdahulu.

Sandaran pingat emas skuad badminton negara diletakkan di bahu Liek Hou berdasarkan reputasinya sebagai pemenang pingat emas acara perseorangan bagi edisi 2010 di Guangzhou, China, dan 2014 di Incheon, Korea Selatan. 

Bagi Leik Hou, penampilan kali pertama dalam acara berpasukan untuk edisi kali ini  
bakal menyajikan cabaran baru buatnya walaupun kontinjen negara tidak meletakkan sasaran emas dalam acara tersebut.

"Kami tidak meletakkan sasaran emas dalam acara berpasukan, namun kami akan mencuba sedaya-upaya untuk memberi saingan kepada negara-negara lain," katanya.

Berdasarkan jadual perlawanan, badminton mungkin menjadi penyumbang pingat pertama negara melalui acara berpasukan.

"Saya juga mengharapkan skuad badminton dapat membutirkan pingat pertama negara, namun saya tidak pasti pingat apa yang mampu dibutirkan. 

"Kejayaan itu sudah pasti dapat meningkatkan moral keseluruhan kontinjen negara," tambahnya. 

Bercakap mengenai perbezaan di antara acara berpasukan dan individu, ini pandangan Liek Hou.

"Acara bepasukan memerlukan kerjasama yang baik di samping perancangan strategi yang betul.

"Strategi yang baik amat penting bagi kejayaan dalam acara berpasukan seperti ini," ujarnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen