Debaran Kejohanan Dalaman Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kian menghampiri dengan perasaan bercampur baur membelenggu pemain-pemain badminton negara.

Bagaimanapun, ia berbeza bagi beregu campuran, Goh Soon Huat dan Shevon Lai, yang menyatakan sudah sedia 100 peratus untuk menentang wakil profesional selaku beregu nombor satu negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, serta tiga gandingan lain.

Kategori beregu campuran dijangka menggunakan format liga sepusingan disebabkan hanya lima beregu sahaja yang terlibat.

"Kami sudah biasa dengan kelemahan dan kekuatan masing-masing.

"Kami sudah kembali berlatih beberapa minggu jadi saya berasa kami kini di tahap 100 peratus," kata Soon Huat.

2️⃣ more days to go! Here’s the BAM Invitational Championships Schedule of Play ? #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Monday, August 3, 2020


Menurut Shevon pula: "Selepas dua minggu pulih daripada demam denggi, saya boleh katakan sudah kembali ke tahap 100 peratus, dapat berlatih sepenuhnya.

"Daripada segi persiapan, saya sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan.

"Di sebalik tiga beregu campuran yang lain merupakan cabaran paling besar, saya juga perlu berwaspada dengan saingan pemain-pemain muda kerana tahap mereka semakin dekat dengan kami.

"Kami akan menghadapi setiap perlawanan dengan serius."

Divisyen dua kejohanan dalaman itu akan bermula dari Rabu hingga Sabtu ini di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, disusuli saingan divisyen satu pada 11-16 Ogos.