Soniia tidak pandang remeh kejohanan dalaman BAM 

Oleh Shaiful Shamsudin 2 Ogos 2020 146
 Soniia tidak pandang remeh kejohanan dalaman BAM 
Perseorangan wanita nombor satu negara, Soniia Cheah, menyifatkan kejohanan dalaman yang dianjurkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu sebagai medan yang bukan boleh dipandang rendah.

Berdasarkan perkongsiannya bersama wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, Soniia menegaskan persaingan dalam menentukan pemain wanita terbaik negara begitu sengit, khususnya di antara dirinya dengan S.Kisona dan Goh Jin Wei.

"Rakan sepasukan saya mempunyai keupayaan (untuk bersaing sengit). 

"Saya akan menghadapinya seperti kejohanan sebenar kerana ia merupakan langkah yang baik buat saya sendiri. 

"Ia peluang baik untuk kami mendapatkan rentak sebenar," katanya. 
 

Defensive multi-shuttle gettin real y'all! 😎👏 You go girls!💪 #BadmintonLovers #badmintonmalaysia

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, July 29, 2020


Menjelang aksi peringkat pertama yang bermula Rabu ini, Soniia sentiasa lebih menonjol dalam sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, berbanding rakan sepelatih yang lain tetapi dalam aksi kompetitif, rakan senegara seperti Jin Wei sering memberinya tekanan hebat. 

"Kami berlatih bersama-sama setiap hari. 

"Saya tidak akan katakan ia adalah mudah mahupun sukar, saya menganggapnya sebagai persaingan yang sihat. 

"Saya mahu berikan yang terbaik termasuk rakan sepasukan agar kami saling dapat tingkatkan kemampuan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen