Skuad badminton negara dituntut tingkat prestasi 

Oleh Penulis Jemputan 29 September 2017 149
 Skuad badminton negara dituntut tingkat prestasi 
Skuad badminton berpasukan lelaki dan wanita negara perlu meningkatkan lagi prestasi mereka seandainya ingin memastikan peluang melayakkan diri ke saingan Piala Thomas dan Uber di Bangkok tahun depan, menjadi kenyataan. 

Pandangan berkenaan disuarakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria. 


Menurutnya, persembahan wakil negara khususnya, dalam Piala Sudirman dan temasya KL2017 bulan lalu, t memberi gambaran masih ada kelemahan ketara yang perlu diatasi. 

Kejohanan Berpasukan Badminton Asia 2018 yang aka berlangsung di Alor Setar, Kedah, akan menjadi medan kelayakan buat skuad negara untuk ke Piala Thomas dan Uber. 

"Kami mempunyai kualiti untuk layak, namun sudah tentu kami perlu bekerja lebih keras berdasarkan perkembangan pemain lain di rantau Asia jika dilihat dalam saingan Piala Sudirman dan Sukan SEA tahun ini.

"Kami masih ada masa untuk memperbaiki kepincangan itu," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian penganjuran kejohanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, hari ini.

Turut hadir Presiden Konfederasi Badminton Asia (ABC), Anton Aditya Subowo, di samping Presiden Persatuan Badminton Kedah (KBA), Datuk Teoh Teng Chor. 

Menurut Anton, Kedah dipilih selaku tuan rumah kejohanan berkenaan selepas memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan Jawatankuasa Acara Badminton Asia. 

"Mereka telah mengusulkan tawaran dan kami mempunyai jawatankuasa acara yang menyediakan senarai spesifik yang perlu dipenuhi," ujarnya. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen