Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjangkakan Akademi Badminton Malaysia (ABM) akan diserahkan sepenuhnya kepada badan induk itu pada pertengahan bulan depan.

Ketika ini, akademi itu masih belum menjadi hak milik BAM kerana masih ada bahagian yang belum disiapkan.

BAM turut menaruh keyakinan pelajar-pelajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dapat menduduki ABM selewat-lewatnya sebelum suku pertama tahun depan.

"Penyerahan bangunan akan berlaku pada 15 Disember ini, tidak termasuk auditorium, bumbung serta gelanggang penyelidikan dan pembangunan. Ia akan diserahkan sepenuhnya pada 19 Januari kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Kami telah mengadakan perbincangan dengan KBS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kami menjangkakan pemain SSBJ akan dipindahkan ke sini pada suku pertama 2018," ujarnya.

Terdahulu, turut berlangsung perhimpunan bulanan BAM yang membabitkan pemain dan juga barisan kejurulatihan.

Perhimpunan terakhir pada tahun ini itu menyaksikan BAM menyerahkan wang kemenangan pertandingan di samping bonus perlawanan kepada semua pemain di bawah naungan mereka.