Roslin: BAM perlukan pengalaman Chong Wei bantu Zii Jia 

Oleh Shaiful Shamsudin 4 April 2020 1333
Roslin: BAM perlukan pengalaman Chong Wei bantu Zii Jia 
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kerugian jika tidak menyambar kudrat Datuk Lee Chong Wei untuk membantu perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, sebagai prospek pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo, Julai 2021. 

Bekas pemain negara, Roslin Hashim, berpendapat pengalaman pemenang tiga pingat perak temasya itu amat berharga dan tidak harus disia-siakan.  

"Itu semestinya satu tindakan yang kurang bijak (kalau sentuhan Chong Wei diketepikan).

"Chong Wei merupakan pemain serba lengkap, kami harus menggunakannya untuk pemain-pemain negara yang dalam keadaan tertekan," katanya Roslin kepada wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, hari ini. 

Bekas pemain nombor satu dunia itu juga berasakan pengalaman akan menjadi kelebihan buat atlet senior berbanding pemain muda dalam usaha mereka mengembalikan prestasi pasca pandemik novel koronavirus (Covid-19).

Elemen yang membabitkan psikologi itu akan mampu ditangani Zii Jia dan skuad negara yang masih mentah menerusi bantuan Chong Wei. 

"Mungkin kelebihan terarah pemain senior yang berpengalaman.

"Mereka sudah bijak mengatur daripada segi persediaan dan apabila kembali beraksi, mereka tahu untuk mengawal keadaan tetapi bagi pemain muda pula adalah sukar. 

"Tetapi pemain berpengalaman juga mungkin mengalami kesukaran berikutan tidak dapat menyertai kejohanan dalam tempoh yang lama."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen