Rashid mohon BAM serap tiga jurulatih digugur ke skuad pelapis 

Oleh Shaiful Shamsudin 9 Disember 2020 750
Rashid mohon BAM serap tiga jurulatih digugur ke skuad pelapis 
Keputusan tidak melanjutkan kontrak tiga jurulatih senior satu kehilangan besar buat skuad badminton kebangsaan.

Malah, notis singkat diterima Rosman Razak, Chin Ee Hui dan Wong Pei Tty pada pandangan bekas jurulatih kebangsaan, Rashid Sidek, menyukarkan mereka untuk meneruskan kelangsungan kerjaya dalam waktu sukar.

Tiga individu ini bukan jurulatih asing yang dipancing  Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebaliknya tetapi yang dibentuk menerusi program mereka.

Ee Hui dan Pei Tty misalnya merupakan gandingan beregu wanita terbaik pernah dilahirkan Malaysia dalam era moden badminton antrabangsa.

Kehilangan kepada barisan kejurulatihan itu tidak mustahil menjadi manfaat kepada negara lain dan tidak terkecuali yang bertaraf seteru.

"Mereka perlu bersiap sedia apabila kontrak mereka tidak disambung.

"Sekurang-kurangnya mereka boleh bersedia sebelum pergi ke tempat lain atau mendapat tawaran baru. 

"Ini keputusan yang singkat buat mereka. 

"Ia satu kerugian mereka, pengalaman mereka sebagai pemain dan jurulatih elit memang luas. Ada yang sudah 15 tahun berkhidmat. 

"Kalau mereka ditempatkan di bahagian pemain muda, saya rasa ia bagus untuk tujuan pembangunan," kata bekas jurulatih negara itu. 



Thank you coach Rosman, coach Eei Hui & coach Pei Tty.

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Monday, December 7, 2020


Dalam pada itu, beregu wanita senior, Vivian Hoo, yang mempunyai pengalaman bersama tiga jurulatih tersebut turut berkongsi perspektif pemain atas pemergian mereka.

Meskipun kehidupan sebagai seorang profesional perlu diteruskan, Vivian tetap mengenang jasa mereka terutama Rosman yang menjadikan mereka pemenang pingat emas di pentas Sukan SEA 2013 dan Sukan Komanwel 2014.

Tambahan pula, di bawah tunjuk ajar Rosman, mereka muncul beregu wanita pertama Malaysia yang meraih medal dalam Sukan Asia Incheon 2014 dengan menghasilkan gangsa selepas 44 tahun.

"Daripada rakan sepasukan mereka beralih sebagai jurulatih saya.

"Mereka banyak membantu saya, ketiga-tiganya pernah memberi tunjuk ajar kepada saya.

"Saya sudah biasa dengan corak latihan mereka," katanya. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen