Pemain-pemain badminton profesional semakin giat mengadakan persiapan untuk merebut kejuaraan Kejohanan Badminton Purple League Pro-AM 2020.

Selepas hampir setahun tidak menyertai sebarang kejohanan, pemain perseorangan lelaki profesional seperti Teh Zi Yi, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Liew Daren, Misbun Ramdan Misbun, Lim Chi Wing dan Chieh Liek Hou akan memiliki kesempatan untuk menguji keupayaan masing-masing di Putrajaya bermula Khamis depan bagi merebut hadiah bernilai lebih RM100,000.

"Pemain muda ingin bersaing dengan pemain senior tetapi semua pemain berpeluang rata.

"Daripada segi pemain pilihan, ia di antara saya dan Soong Joo Ven.

"Kami sudah bersedia untuk mengerah kudrat di atas gelanggang tapi ternyata-tanya kepada diri sendiri, 'masih bolehkah aku melakukannya.'

"Yang penting kami cuba dulu mendapatkan rentak dalam Purple League sebelum kami pergi ke peringkat antarabangsa," kata Iskandar Zulkarnain.

Selain acara perseorangan, beregu lelaki dan campuran turut dipertaruhkan dalam edisi sulung Purple League Pro-Am ini.