Purple League: Jun Hao yakin KB Serdang mampu bangkit

Oleh Penulis Jemputan 21 Disember 2017 174
Purple League: Jun Hao yakin KB Serdang mampu bangkit
Pemain perseorangan remaja, Leong Jun Hao, yakin pasukannya, Kelab Badminton (KB) Serdang, akan bangkit biarpun tewas dua perlawanan berturut-turut selepas akur kepada KB Petaling 8-11 dalam SS Purple League di Sports Arena Sentosa, lewat malam tadi.

Jun Hao, yang berjaya mencatatkan kemenangan ke atas pemain KB Petaling, Iskandar Zulkarnain, percaya dengan kemampuan sebenar dimiliki KB Serdang.

“Saya puas hati dengan permainan saya hari ini kerana berjaya lakukan yang terbaik terutamanya permainan di atas jaring yang banyak memerangkap Iskandar. 

"Pihak lawan juga tidak bermain seperti kebiasaan dengan kesilapan mudah dilakukan untuk saya mendapat mata.

“Ada rugi sedikit kerana kami tewas tipis. Bagaimanapun, liga ini memerlukan kita meraih mata kemenangan sebanyak mungkin. Jadi, biarpun tewas ia tidak memberi kesan yang terlalu tinggi. 

"Dalam perlawanan seterusnya, saya yakin KB Serdang mampu untuk bangkit. Kami juga akan mendapat sentuhan Lee Zii Jia yang pulang ke kampung halaman ketika ini,” katanya.

KB Petaling berjaya mengutip kemenangan pertama dalam perseorangan lelaki selepas Kenichi Tago beraksi cemerlang menewaskan Xu Yiming 3-0 (11-8, 11-9, 11-9).

Rentak kemenangan pasukan KB Petaling diteruskan oleh Hera Desiana dalam acara perseorangan wanita. Dia beraksi penuh bertenaga untuk menang ke atas lawannya, Lee Ying Ying, dengan 3-0 (11-6, 11-7, 11-10) menjadikan kedudukan keseluruhan 6-0.

Gandingan KB Petaling, Goh V Shem/Man Wei Chong, kemudiannya terpaksa berhempas pulas apabila diberikan tentangan sengit oleh pasangan KB Serdang, Ong Wei Khoon/Pei Tianyi, sebelum menang 3-2 (11-9, 11-6, 8-11, 5-11, 11-7) dalam acara beregu lelaki.

KB Serdang mula bangkit mencatatkan kemenangan dalam acara beregu campuran. Gandingan Chen Hsiao Huan/Lu Ching Yao menang 3-1 (11-10, 10-11, 11-7, 9-8) dalam 30 minit tempoh perlawanan mengatasi Chen Tang Jie/Devi Tika.

Dalam satu lagi acara perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, yang turun beraksi menang 3-1 (11-8, 11-4, 10-11, 9-10) menumpaskan Iskandar Zulkarnain. Apapun kemenangan Jun Hao gagal mengubah keputusan keseluruhan yang menyaksikan KB Petaling menang perlawanan malam ini.

Keputusan hari ini:

KB Petaling mn KB Serdang 11-8

MS2: Kenichi Tago mn Xu Yiming 3-0 (11-8, 11-9, 11-9)
WS: Hera Desiana Rachmawati mn Lee Ying Ying 3-0 (11-6, 11-7, 11-10)
MD: Goh V Shem-Man Wei Chong mn Ong Wei Khoon-Pei Tianyi 3-2 (11-9, 11-6, 8-11, 5-11, 11-7)
XD: Chen Tang Jie-Devi Tika Permatasari kk Chen Hsiao Huan-Lu Ching Yao 1-3 (10-11, 11-10, 7-11, 8-9)
MS1: Iskandar Zulkarnain kk Leong Jun Hao 1-3 (8-11, 4-11, 11-10, 9-10)

(4pm) KB Ampang Jaya mn KB Bangsar Hawks  12-6

MS2: Tan Jia Wei mn Muhd Syafiq A Sanusi 3-1 (7-11, 11-8, 11-4, 11-1)
WS: Xu Wei kk Yap Yee 0-3 (8-11, 10-11, 9-11)
MD: Lukhi Apri Nugroho-Muhd Syawal Mohd Ismail mn Dede Ryan Philip-Yap Qar Siong 3-1 (11-3, 8-11, 11-9, 11-5)
XD: Chan Peng Soon-Lee Shun Mei mn Keshya Nurvita Hanadia-Roobenraj Velayutham 3-1 (11-8, 3-11, 11-6, 11-9)
MS1: Nguyen Tien Minh mn Zulhelmi Zulkiffli 3-0 (11-8, 11-9, 11-6)

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen