Purple League: Chi Wing raih tempat ketiga perseorangan lelaki

Oleh Muzaffar Musa 2 Januari 2021 510
Purple League: Chi Wing raih tempat ketiga perseorangan lelaki
Bekas pemain kebangsaan, Lim Chi Wing, menamatkan saingan perseorangan lelaki Purple League 2020 di tempat ketiga selepas menundukkan Muhd Izzuddin Shamsul Muzli 3-1 (11-8, 8-11, 11-9, 11-6) di Kompkeks Kejiranan Presint 11, Putrajaya hari ini.

Ia sedikit-sebanyak menebus kehampaan pemain itu selepas gagal ke final dalam acara perseorangan dan beregu lelaki.

Dalam saingan beregu lelaki, tempat ketiga menjadi milik Liew Daren-Soong Joo Ven, yang tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan straight set ke atas gandingan Shaun Chung Kin Wai-Wong Yau Xiang 11-8, 11-8, 11-5.

Pertarungan bagi kategori beregu campuran pula berakhir dengan kemenangan memihak kepada pilihan kedua, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien. selepas lawan mereka, Mohd Arif Abdul Latif-Desiree Siow, terpaksa menarik diri.

Tien Cin dan Chiew Sien menang 11-6 dalam set pertama dan mendahului 5-3 dalam set kedua sebelum Ariff mengalami kecederaan lutut dan tidak dapat meneruskan saingan.

Perlawanan tumpuan dalam final Purple League esok pastinya terarah kepada pertembungan dua pemain pilihan perseorangan lelaki, Soong Joo Ven dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.


Jadual perlawanan final (3 Januari 2021)

Perseorangan lelaki:
Soong Joo Ven (Sports Affair) lwn Iskandar Zulkarnain Zainuddin (Putrajaya BA)


Beregu campuran:
Boon Xin Yuan-Teoh Lexuan (Serdang BC) lwn Tan Kok Xian-Wong Kha Yan (Ampang Jaya BC)

Beregu lelaki:
Iskandar Zulkarnain-Azriyn Ayup lwn Shia Chun Kang-Wong Tien Ci
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen