Purple League: Ampang Jaya tagih khidmat Momota 

Oleh Penulis Jemputan 11 Oktober 2018 440
Purple League: Ampang Jaya tagih khidmat Momota 
Kelab Badminton Ampang Jaya muncul sebagai juara dalam pembikinan bagi Kejohanan Badminton Purple League musim kelima apabila membentuk skuad dalam kalangan bakat terbaik yang diketuai pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota.

Sebelum ini, destinasi pasukan pilihan Momota menjadi tanda tanya.

Sudah pasti, Momota memiliki tunjang luar biasa untuk menawan mahkota Purple League.

Pemain beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon, dan rakan sepasukan, Shevon Lai, juga memantapkan pasukan ini selain juara perseorangan lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Tan Jia Wei, serta bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei.

"Ini merupakan barisan terbaik yang pernah kami sertai dalam saingan Purple League. 

"Dengan kehadiran Momota serta gabungan pemain-pemain Malaysia yang lain, saya berasakan kami akan berada di puncak.

"Momota bukan datang ke sini atas dorongan wang semata-mata. 

"Dia mengambil kesempatan untuk beraksi di sini ketika tidak terbabit dengan sebarang kejohanan," ujar pengurus Ampang Jaya BC, Ho Khek Mong.

Sementara isu, Peng Soon yang diangkat selaku ketua pasukan berkata: "Barisan pemain kali ini nampak mantap, sasaran kami adalah dalam kelompok tiga terbaik."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen