Piala Thomas: Zii Jia sambut baik kehadiran Liew Darren, Joo Vern

Oleh Staff Writer 18 Julai 2020 135
Piala Thomas: Zii Jia sambut baik kehadiran Liew Darren, Joo Vern
Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia mengalu-alukan cabaran daripada kem profesional negara untuk beradu kehebatan dengannya. 

Liew Daren dan Soong Joo Ven antara nama yang dijemput Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjalani pemilihan bagi pembentukan skuad ke Kejohanan Piala Thomas.

Kedua-dua bekas pemain kebangsaan itu mula melaporkan diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam. 

Bahkan, mereka juga turut berkongsi untuk memperoleh peluang berentap dengan Zii Jia yang kini merupakan pemain ke-10 terbaik dunia.


 

Look who’s baaack 🤗 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, July 17, 2020


Pemain kelahiran Kedah itu, bagaimanapun, mengambil pendekatan berkenaan secara positif sambil menganggap langkah tersebut mampu meningkatkan prestasi setiap pemain.

“Saya sangat gembira dengan kehadiran mereka dan berlatih bersama mereka, saya berasakan lebih banyak kemajuan boleh dicapai,” katanya berkongsi prespektif mengenai pertembungan tiga penjuru itu kepada wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani. 

Tambah pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu lagi, sesi latihan juga akan berbeza dengan adanya Liew Darren serta Joo Ven dan kelainan berkenaan dapat dilihat daripada segi kualiti.

“Memang nampak berbeza sebab mungkin selama ini saya hanya berlatih dengan pemain pelapis jadi dengan kehadiran mereka, saya rasa kualiti sendiri akan lebih meningkat.”

Ditanya mengenai peluang membarisi skuad ke Piala Thomas, Zii Jia menegaskan bahawa peluang antara pemain kini seimbang yang menyaksikan Liew Darren dan Joo Ven bukan sekadar hanya ingin menjadi rakan sepelatih, malah mengintai peluang untuk disambar. 
 
"Kelebihan kami lebih kurang sama kerana mereka bukan hanya sekadar rakan sepelatih, malah sebagai pemain yang memang datang untuk berlatih,” tambahnya. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen