Malaysia kembali berentap dengan seteru lama, Indonesia, dalam Piala Thomas dan Piala Uber 2020 selepas diundi dalam Kumpulan A.

Undian bagi kejohanan lelaki dan wanita dwitahunan itu, yang akan berlangsung dari 3 hingga 11 Oktober di Aarhus, Denmark, telah diadakan di ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi.

Dalam Kumpulan A Piala Thomas, menyaksikan skuad kebangsaan akan turut berdepan Belanda dan England, sementara Korea Selatan dan Australia akan menyertai cabaran Kumpulan B Piala Uber di samping skuad negara.





Selain berjuang demi maruah dan kelayakan ke peringkat kalah mati, misi melunaskan dendam turut menjadi elemen pertaruhan.

Dalam edisi 2018 di Bangkok, Thailand, pasukan lelaki negara disingkirkan Indonesia dalam suku akhir, manakala skuad wanita mengalami tumpas 2-3 yang menyumbang kepada kegagalan melepasi peringkat kumpulan.



Undian hari itu juga menyaksikan juara bertahan, China, akan berdepan Taiwan, Australia dan Perancis, sementara jaguh Piala Uber, Jepun, akan perlu melepasi ranjau awal daripada Taiwan, Mesir dan Sepanyol.