Piala Thomas/Piala Uber: Kelonggaran kuarantin di Denmark beri ruang buat skuad negara

Oleh Shaiful Shamsudin 24 Ogos 2020 198
Piala Thomas/Piala Uber: Kelonggaran kuarantin di Denmark beri ruang buat skuad negara
Persatuan Badminton Dunia (BWF) memberitahu setiap pasukan yang bakal mengambil bahagian dalam Piala Thomas dan Piala Uber tidak perlu menjalani proses kuarantin sebaik tiba di Denmark kelak. 

Perkara ini sudah tentu menimbulkan persoalan kepada pelbagai pihak dan bagi perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven, walau apa jua keputusan yang diambil, setiap individu perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga kebersihan dengan teliti.

"Selepas beberapa bulan menjalani latihan, setakat ini segalanya berjalan lancar. 

"Ia juga satu program latihan yang baik juga," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. 
 

Can’t stop, won’t stop ­čç▓­čçż #MondayMotivation #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Monday, August 24, 2020

Menurut pemain beregu wanita pula, Vivian Hoo, ketiadaan fasa kuarantin sudah tentu memberikan ruang kepada pasukan untuk berlatih sejurus tiba di Aarhus kelak, namun turut menekankan kepatuhan SOP haruslah dijaga, bermula dengan diri sendiri.

"Ada baik dan buruknya kerana kami tidak perlu menjadi kuarantin jadi kami boleh turun berlatih.

"Kami (harap) SOP ditetapkan tidak terlalu ketat cuma kami boleh perlu jaga kebersihan dan keselamatan. 

"Kami juga tetap gigih berlatih meskipun senarai pemain ke Piala Uber belum dinamakan," katanya pula. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, melahirkan keraguan sama ada Piala Thomas/Piala Uber akan berlangsung seperti dijadualkan Oktober depan. 

Ini selepas badminton antara sukan yang masih belum menyaksikan kejohanan antarabangsa dilangsungkan, malah ada yang dibatalkan akibat daripada ancaman wabak COVID-19.

"Kami masih belum mengubah kalendar (perancangan) walaupun ada kejohanan seperti Piala Thomas/Piala Uber (dalam masa terdekat) kerana kami masih was-was sama ada ia akan diteruskan atau tidak selepas banyak kejohanan antarabangsa yang telah ditangguhkan," katanya.

Shapawi turut menegaskan bahawa setiap atlet dan pegawai sukan yang ingin bertanding di luar negara perlulah mengikuti SOP yang sudah ditetapkan.

"Ia sama dengan syarat yang ditetapkan Kerajaan Malaysia bagi kemasukan ke negara ini, begitu juga dengan negara luar masing-masing yang mempunyai syarat tersendiri. 

"Selagi kami dapat patuhi syarat-syarat yang ditetapkan, Insya-Allah kami ada dapat kelonggaran tertentu."

Statistik kes COVID-19 di Denmark setakat hari ini

Jumlah kes : 16,317

Kematian : 622

Kes aktif : 1,515


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen