Piala Thomas/Piala Uber: BAM hasrat anjur satu lagi kejohanan jemputan 

Oleh Shaiful Shamsudin 25 Ogos 2020 79
Piala Thomas/Piala Uber: BAM hasrat anjur satu lagi kejohanan jemputan 
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merancang satu lagi kejohanan jemputan dalam masa terdekat andai tiada saingan antarabangsa sebelum Piala Thomas/Piala Uber yang bakal membuka tirai, Oktober depan.

Ia pilihan terbaik sebagai pentas pemanas badan memandangkan kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) masih kosong buat masa ini.

Kejohanan Jemputan BAM, dua minggu lalu mendedahkan beberapa aspek yang perlu diperbaiki pemain negara sebelum kejohanan berpasukan di Denmark kelak. 

Ramai pemain yang tercedera tetapi pemain sekurang-kurangnya memiliki banyak masa untuk kembali pulih.

Justeru, badan induk itu merancang satu lagi cabaran sama kepada pemain negara bagi mengisi kekosongan kalendar antarabangsa ekoran penularan COVID-19.

"Apa yang kami pelajari daripada kejohann yang lalu, kami telah kenal pasti beberapa perkara yang perlu diperbaiki. 

"Jadi untuk kejohanan akan datang, kami akan membentuk kerjasama yang lebih rapi dengan Institut Sukan Negara (ISN) dab jurulatih untuk mengeluarkan format kompetitif bagi mencapai objektif, "kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini. 

Perasaan bercampur baur wujud dalam kalangan pemain mengenai soal keselamatan tanpa proses kuarantin sebaik tiba di Aarhus. 

Namun, isu ini boleh dihadapi dengan perancangan awal bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. 

Malaysia diundi di samping juara 13 kali, Indonesia, bersama-sama Belanda dan England dalam Kumpulan A sementara pasukan Piala Uber negara berdepan laluan lebih berliku untuk melepasi ranjau Kumpulan B yang dihuni Indonesia, Australia dan Korea Selatan.




 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen