Piala Thomas/Piala Uber: BAM enggan perjudi keselamatan negara 

Oleh Shaiful Shamsudin 25 Ogos 2020 135
Piala Thomas/Piala Uber: BAM enggan perjudi keselamatan negara 
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan kesihatan dan keselamatan pemain tidak akan diperjudikan meskipun Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak mewajibkan kuarantin bagi penganjuran Piala Thomas/Piala Uber di Aarhus, Denmark. 

Pengarah Kejurulatihan BAM, Woong Choong Hann, turut memberi reaksi mengenai persoalan sama ada Malaysia akan tunggu sehingga ke saat akhir untuk mengumumkan skuad ke kejohanan itu atau lebih awal.

"Kami memang mahu pergi tetapi melalui mesyuarat jawatankuasa kerja pagi tadi, kami perlu meneliti situasi semasa selain menyediakan pelbagai pilihan supaya kami terus berwaspada dengan kesihatan pemain dan pasukan," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. 
 
Situasi tidak menentu berhubung perubahan dasar kemasukan negara yang akan bertanding di Denmark juga menjadi tanda tanya.

China misalnya berada dalam senarai negara yang dilarang untuk memasuki Eropah, tetapi ia tidak menyekat BAM untuk menamakan barisan pilihan dengan lebih awal. 

"Kalau boleh kami mahu menyenaraikan nama pemain dengan lebih awal supaya dapat membentuk keserasian dan membuatkan mereka fokus," katanya lagi. 


 

BAM VICTOR Invitational Championships FINAL Division 1 Aaron Chia-Soh Wooi Yik def. Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-14...

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Sunday, August 16, 2020


Bagi pemain beregu lelaki utama negara, Aaron Chia, ketiadaan nama besar yang berkemungkinan dilarang atau tidak dapat menyertai kejohanan itu atas dasar kesihatan dan keselamatan pasti menjadi satu kerugian.

"Ketiadaan China pasti memberi kelebihan kepada pasukan lain tetapi kehadiran mereka mampu merancakkan kejohanan ini dengan menjadikannya lebih sengit. 

"Langkah tanpa perlu kuarantin baik untuk kami tetapi dalam masa sama, COVID-19 masih ada jadi kami juga takut. 

"Mungkin BWF boleh pertimbangkannya semula," katanya. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen