Ketua jurulatih perseorangan badminton lelaki negara, Hendrawan, berdepan cabaran dalam menyenaraikan empat wakil bagi membarisi skuad ke Piala Thomas berikutan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beberapa pemain dilihat masih belum berada dalam kecergasan yang diinginkan dan dalam masa yang sama, menyambut baik kehadiran dua pemain profesional, Liew Darren dan Soong Joo Ven, dalam sesi latihan dan pemilihan dekat Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

“Ada bagusnya mereka datang jadi boleh meramaikan lagi rakan sepelatih selain membolehkan kualiti latihan yang lebih variasi,” kata jurulatih kelahiran Indonesia itu.

Menurutnya lagi, semua pemain perlu membuktikan kemampuan bagi melayakkan mereka terpilih membarisi skuad ke Piala Thomas.

Look who’s baaack ? #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, July 17, 2020


“Saya rasa mereka semua perlu membuktikan keupayaan kerana keputusan bukan terletak kepada saya sepenuhnya tetapi turut melibatkan (C&T) Jawatankuasa Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Kami akan pilih yang terbaik berdasarkan rekod mereka dalam acara berpasukan dan pastinya pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi," katanya lagi.

Setakat ini, interaksi di gelanggang antara tiga pemain itu terhad kepada latihan biasa sebelum pertemuan simulasi yang dijadual sebelum skuad Piala Thomas diumumkan hujung bulan depan atau awal September ini.

Here’s how to realise your ABM dreams ?? #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, July 17, 2020

Barisan profesional lain yang turut melaporkan diri termasuklah pemain beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong termasuk beregu campuran, Can Peng Soon-Goh Liu Ying.