Piala Presiden: Soniia, Jin Wei pamer aksi cemerlang

Oleh Ammar Hakim 16 September 2020 101
Piala Presiden: Soniia, Jin Wei pamer aksi cemerlang
Saingan Piala Presiden membenarkan pemain-pemain badminton kekal berada di tahap terbaik tatkala saingan Piala Thomas dan Uber tahun ini telah ditunda buat kali keempat ekoran pandemik Covid-19.

Ia sekaligus memberi platform kepada pemain-pemain negara mempertajamkan permainan dan pada hari pertama kejohanan pemain-pemain wanita yang beraksi.

Perlawanan pertama ialah acara perseorangan wanita antara Soniia Cheah yang mewakili kumpulan A dan S. Kisona pula kumpulan B.

Dua pemain tersebut turut disenaraikan ke Piala Uber sebelum ia ditangguhkan pasti ada perasaan terkilan kerana tidak dapat beraksi di kejohanan berprestij itu tahun ini.

Soniia yang lebih berpengalaman, bermula baik di set pertama, Kisona seakan sukar mencari rentak perlawanan dan ia sekaligus memberi mata mudah kepada Soniia.

Tanpa saingan sengit, Soniia mudah menang set pertama 21-14 namun Kisona mempertajamkan permainan dalam set kedua dan meletakkan sasaran untuk bangkit.

Berkelebihan 18-14 memihak Soniia, Kisona pula mengumpul mata demi mata hingga kedudukan 19-19 dan diheret ke deuce.

Setelah kedua-dua pemain berhempas-pulas, akhirnya kemenangan tipis milik Soniia 25-23 dan kumpulan A meraih mata pertama.

Sementara dalam saingan beregu wanita menyaksikan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean menepati reputasi mereka selaku nombor satu Malaysia apabila membenam Vivian Hoo dan Yap Cheng Wen straight set 21-10, 21-14.

Saingan Piala Presiden ini merupakan perlawanan kompetitif pertama pemain perseorangan negara, Goh Jin Wei, selepas menjalani pembedahan usus tahun lalu.

Jin Wei juga tidak beraksi di Kejohanan Jemputan BAM baru-baru ini kerana pada ketika itu dia masih belum pulih sepenuhnya daripada pembedahan yang dilaluinya.

Jin Wei mewakili kumpulan A berdepan pemain kumpulan B, Eoon Qi xuan. 

Walaupun lama tidak beraksi Jin Wei tidak kekok di gelanggang dan mudah mendominasi perlawanan.

Jelas Qi Xuan tidak mempunyai pengalaman seluas Jin Wei dan ia diterjemahkan di gelanggang dengan kemenangan 21-12.

Qi Xuan yang cuba bangkit di set kedua tidak diberi ruang langsung oleh Jin Wei yang semakin garang di set kedua.

Jin Wei tidak berdepan masalah untuk menoktah kemenangan straight sets dengan kemenangan straight sets 21-12, 21-9 selepas bertarung selama 36 minit dan sekaligus menyumbang mata kedua buat kumpulan A.

Keputusan lain:

Kumpulan A 3 Kumpulan 2

Lee Ying Ying (A) menang K. Letshana (B) 21-17, 21-7

Low Meng Yean-Chow Mei Kuan (B) menang Vivian Hoo-Yap Cheng Wen (B) 21-10, 21-14

M. Thinaah-Pearly Tan (A) menang Toh Ee Wei-Yap Ling (B) 21-15, 21-17

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen