Penganjuran Piala Thomas & Uber 2020 makin hampir jadi realiti selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melonggarkan syarat kemasukan negara bertanding di sebalik kawalan pandemik Covid-19.

Perkembangan ini sekaligus mengurangkan spekulasi saingan berpasukan itu bakal ditunda selepas dua kali pindaan tarikh peganjuran.

Antara inisiatif kerajaan Denmark adalah tidak mewajibkan kuarantin dua minggu untuk bersaing di Aarhus.

Dan ini merupakan maklumat yang diterima Persatuan Badminton Malaysia (BAM) daripada BWF menerusi Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh.

"Proses paling mudah dan paling cepat. Menerusi emel yang disampaikan oleh BWF menjelaskan pasukan yang bakal ke Denmark tidak perlu menjalani proses kuarantin," kata Kenny.