Pemain beregu Sabah boleh kembali ke gelanggang

Oleh Willie Jude 27 Jun 2020 91
Pemain beregu Sabah boleh kembali ke gelanggang
Selepas pemain perseorangan, pemain beregu badminton Sabah juga akan kembali berlatih di gelanggang bermula Rabu depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe, dalam satu kenyataan semalam.

Katanya kelonggaran terbaru itu, bagaimanapun, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan Negeri Sabah berpandukan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Badminton juga adalah antara yang terawal dibenarkan tetapi sebelum ini hanya untuk latihan dan bermain secara perseorangan sahaja.

"KBSS merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pemilik atau pengurus kemudahan serta semua penggiat sukan kerana telah memberi kerjasama jitu dan memperlihatkan disiplin tinggi dalam memastikan setiap SOP yang ditetapkan kementerian ini dipatuhi.

"Sehubungan itu, Kerajaan Sabah dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah mengucapkan selamat bersukan dan beriadah kepada semua rakyat Sabah," katanya.
 

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen