Momota sudah boleh keluar hospital

Oleh Staff Writer 14 Januari 2020 1980
Momota sudah boleh keluar hospital
Bintang badminton Jepun dan pemain nombor satu dunia, Kento Momota, dilaporkan sudah stabil dan dibenarkan untuk keluar daripada Hospital Putrajaya.

Juara Kejohanan Masters Malaysia itu terlibat dalam satu kemalangan ngeri di KM 13.7, Lebuhraya MEX, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.40 pagi semalam.

Momota dalam perjalanan bersama beberapa yang lain menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila van yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori.

Pemandu van, B. Nageswarau, 24, terbunuh manakala Momota mengalami luka-luka di muka di samping patah tulang hidung.

Tinjauan Nadi Arena di hospital berkenaan hari ini mendapati bintang Jepun itu turut menerima kunjungan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.



Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen