Momota cipta demam badminton di Jepun, tawar kelas percuma

Oleh Muzaffar Musa 21 Ogos 2020 246
Momota cipta demam badminton di Jepun, tawar kelas percuma
Pemain badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, mencipta demam badminton besar-besaran di negara asalnya apabila menawarkan kelas percuma buat sesiapa yang berminat dengan sukan itu.

Tawaran melalui laman sosialnya itu mendapat sambutan daripada ribuan yang berminat.

"Saya juga mahu mengajar badminton kepada orang ramai. Saya mahu mereka tahu betapa seronoknya sukan ini. Ada sesiapa yang mahu bermain badminton bersama saya?" Ciap Momota dalam Twitter yang kemudian menjadi tular.
 
Juara dunia itu akan memilih dua peserta bertuah pada penghujung bulan depan untuk mengikuti sesi pengajarannya.

Momota, yang kali terakhir beraksi dalam Kejohanan Masters Malaysia awal tahun ini, tidak menyertai sebarang kejohanan selepas teribat dengan satu kemalangan ngeri sewaktu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Januari lalu.

Dia kini sudah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk kembali beraksi apabila saingan badminton musim ini bersambung.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen