Gandingan Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean meraih kejuaraan sulung musim 2018 selepas mudah menewaskan cabaran beregu India menerusi kemenangan straight set dalam aksi final Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi, semalam.

Beregu wanita terbaik negara itu terpaksa mengharungi aksi sengit dalam separuh akhir menerusi kemenangan tiga set ke atas beregu Indonesia, Della Destiara-Rizki Amelia, 14-21, 21-19, 16-9.

Enggan skrip sama berulang di pentas final, Mei Kuan dan Meng Yean tampil lebih tenang biarpun menghadapi cabaran wakil tuan rumah, Ashwini Ponappa-Reddy N. Sikki.

Perlawanan yang mengambil masa selama 48 minit itu berjaya dikuasai wakil negara yang dengan mudah menang dalam set pertama 21-15 sebelum mengekalkan momentum sama dalam set kedua untuk menjulang kejuaraan di Lucknow menerusi kemenangan 21-13.