Masters Malaysia: Zii Jia sedia hadapi cabaran

Oleh Staff Writer 31 Disember 2019 125
Masters Malaysia: Zii Jia sedia hadapi cabaran
Pemain badminton negara, Lee Zii Jia, tidak menafikan terdapat tekanan bermain di tanah air sendiri dalam Kejohanan Masters Malaysia, bagaimanapun tetap bersedia untuk mengharungi musim 2020.

Undian Masters Malaysia menyaksikan Zii Jia akan berdepan saingan sengit, bermula daripada bintang meningkat naik Denmark, Anders Antonsen.

Selain itu, berada dalam kelompok undian Zii Jia adalah  legenda China, Lin Dan, beberapa pemain terbaik dunia serta pemain nombor satu dunia, Kento Momota.

"Saya akan sentiasa bersedia untuk menghadapi mana-mana lawan. Beraksi di laman sendiri semestinya menghadirkan tekanan, namun ia tidak menghalang saya untuk melakukan yang terbaik," katanya.

Tambahnya lagi, latihan di Jepun baru-baru ini membawa pertukaran terhadap perwatakan mereka dalam kancah badminton walaupun hanya berada di sana selama tujuh hari.

"Budaya pemain-pemain Jepun sangat berbeza dan sentiasa menepati masa. Ia semestinya memberikan pengalaman berbeza buat kami."

Sebelum ini, kem badminton negara menjalani latihan pusat di Ehime, Jepun selama tujuh hari menjelang Kejohanan Masters Malaysia yang bakal membuka tirai 7 Januari ini.



Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen