Liu Ying elak bebani Peng Soon 

Oleh Shaiful Shamsudin 16 April 2020 768
Liu Ying elak bebani Peng Soon 
Ikon beregu campuran negara, Goh Liu Ying, tumpang gembira buat gandingannya, Chan Peng Soon, yang dapat berada di samping isterinya ketika menjangkakan kehadiran cahaya mata keempat mereka bulan depan.

Kehidupan sibuk di gelanggang kompetitif sebelum ini memaksa mereka sentiasa berjauhan dengan keluarga.

Sebelum ini, Peng Soon berbicara dari hati ke hati soal kebimbangan menantikan kehadiran anak  dalam waktu dunia diuji penularan novel koronavirus (Covid-19).

"Kami sering tiada (terpaksa tinggalkan keluarga) kerana menyertai kejohanan.

"Kadangkala seminggu sahaja di Kuala Lumpur (dapat meluangkan masa bersama keluarga).

"Isterinya perlu menjaga tiga anak mereka selain mengandung.

"Saya perasan dia selalu risaukan isterinya.

"Kalau boleh dalam kejohanan mahupun di luar gelanggang, saya elak untuk mengganggunya kerana dapat berasakan tekanannya," katanya ketika dihubungi wakil Nadi Arena, Shahrazad Sani,




Bagaimanapun, Liu Ying sebagai antara individu paling rapat dengan Peng Soon yakin gandingannya itu tahu bagaimana untuk menangani apa jua cabaran.

"Kalau tiada hal penting, saya tidak akan carinya.

"Tetapi memandangkan sudah lama tidak jumpa dan apabila saya bertanya khabar kepadanya, dia jadi hairan kerana saya tiba-tiba menghubunginya," kata Peng Soon pula.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen