KLBA, DBKL capai kata positif, akademi bakal disiapkan

Oleh Ammar Hakim 15 Jun 2020 62
KLBA, DBKL capai kata positif, akademi bakal disiapkan
Kisah perjalanan buat Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) untuk mendapatkan tuntutan akademi yang dijanjikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menampakkan ada sinar setelah kedua pihak berjaya mencapai kata positif.

Ia merupakan pertemuan pertama kedua pihak sejak isu ini kembali bangkit setelah KLBA tidak dapat pampasan akademi yang dijanjikan setelah perobohan Stadium Badminton Kuala Lumpur pada 2017.

Pertemuan hampir dua jam di Menara 3 Bandar Wawasan itu menyaksikan pihak DBKL menerangkan kelewatan yang berlaku, dengan menjanjikan ia bakal disiapkan pemaju untuk tempoh dua tahun lagi.

"Persetujuan telah dicapai dan akademi dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun," kata Timbala Presiden KLBA, Taupik Hussain.

Bagaimanapun, KLBA berharap sesi pertemuan akan datang akan melibatkan pihak pemaju bagi mengetahui status kos operasi yang dijanjikan untuk dibayar kepada KLBA sebelum ini.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen