Kita hanya boleh 'tunggu dan lihat' -- Shevon Lai

Oleh Ammar Hakim 18 September 2020 48
Kita hanya boleh 'tunggu dan lihat' -- Shevon Lai
Pemain badminton negara mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' dengan prosedur yang bakal dilaksanakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Terbuka Denmark, Oktober ini.

Mereka mahu melihat sama ada BWF akan mengenakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang benar-benar ketat atau hanya tangkap muat sebelum mengesahkan penyertaan di saingan Asia itu nanti.

BWF sebelum ini dikritik kerana gagal memberikan jaminan buat pemain dan pegawai mengenai situasi Covid-19 yang melanda dunia yang menjurus kepada pembatalan Piala Thomas dan Uber tahun ini.

Bagaimanapun, BWF tampil untuk menjernihkan keadaan apabila bakal menguji prosedur keselamatan di Terbuka Denmark dan jika ia berkesan, ia bakal menjadi penanda aras untuk kejohanan-kejohanan lain kembali dianjurkan semula.

Selain di Denmark, BWF juga bakal mengumumkan dua lagi siri kejohanan di benua Asia, namun masih belum ada perincian mengenainya.

"Sekarang kami telah layak dan mengikut syarat BWF, kami perlu menyertai dua kejohanan tersebut dan ia menyukarkan pemain dalam situasi yang sukar untuk dijangka ketika ini," kata pemain negara, Shevon Lai Jemie.

"Walaupun ketka ini sudah pasti tidak akan beraksi di Eropah, kami membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan di Asia nanti."

Barisan pemain negara menyedari impian untuk beraksi di saingan akhir Jelajah Dunia mungkin tidak kesampaian apabila tidak dapat menyertai sirkit di Eropah, namun masih menaruh harapan untuk beraksi di sirkit Asia.

Hanya lapan pemain terbaik untuk setiap acara sahaja layak untuk beraksi di saingan itu di Guangzhou.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen