Kim Hock tidak pernah serik

Oleh Penulis Jemputan 26 Oktober 2017 75
Kim Hock tidak pernah serik
Bekas ketua jurulatih negara, Yap Kim Hock, tidak menyimpan dendam terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) walaupun pernah diketepikan.

Nama Kim Hock yang pernah menggalas jawatan ketua jurulatih negara telah menjadi sebutan untuk menggantikan Jeremy Ga, selepas jurulatih beregu itu membuat keputusan untuk berhijrah ke Jepun.

Bagaimanapun, BAM akhirnya memilih untuk menggunakan khidmat jurulatih muda, Vountus Indra Mawan, sekaligus wujud dakwaan Kim Hock kecewa.

Tambahan pula sebelum ini, beberapa pemain bimbingannya dalam skuad Petaling BC seperti Man Wei Choong dan Chen Tang Jie turut dipilih untuk memperkuatkan skuad beregu lelaki dan campuran kebangsaan.

Bagaimanapun, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu menegaskan dia tidak akan serik untuk terus membentuk pemain berkualiti dengan harapan untuk kembali bernaung di bawah BAM.

“Saya masih berpeluang untuk kembali bernaung di bawah BAM kerana masih banyak perkara yang masih belum dapat saya lakukan untuk skuad kebangsaan. 

“Jadi, saya akan terus cuba untuk melakukan apa yang terbaik,” kata Kim Hock.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen