Pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, muncul wakil tunggal untuk terus mengibarkan cabaran negara dalam Terbuka Singapura, esok.

Kian Meng-Pei Jing menempah slot ke separuh akhir selepas mengetepikan pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen.

Pasangan negara itu mengambil tempoh 69 minit sebelum menang 10-21, 21-18, 21-18 untuk mengatur pertemuan dengan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Terdahulu, beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, yang merupakan pilihan kedua kejohanan, tersungkur mudah kepada wakil dari Indonesa, Berry Angriawan-Hardianto Hardianto, 21-15, 21-15.