Pasangan Lim Khim Wah-Ong Jian Guo gagal untuk merebut slot ke final Grand Prix (GP) Emas Terbuka Thailand di Bangkok selepas tunduk kepada gandingan Indonesia, Berry Angriawan-Rian Agung Saputro, 21-17, 21-18, dalam pertarungan yang mengambil masa 38 minit, sebentar tadi.

Permainan seimbang ditunjukkan oleh Khim Wah-Jian Guo dan Berry Angriawan-Rian Agung Saputro apabila pasangan tersebut dilihat saling mengekori satu sama lain pada awal set pertama.

Gagal untuk mengekalkan fokus dilihat menjadi faktor utama kepada keciciran mata oleh pasangan beregu negara.

Bagaimanapun, perlawanan kelihatan seimbang, namum pasangan Indonesia terus memperkemaskan permainan mereka untuk memenangi set pertama 21-17.

Kejayaan untuk memenangi set pertama dilihat menjadi motivasi terbaik buat gandingan Indonesia itu tatkala gandingan negara mencuba untuk mengekori rapat.

Kegagalan gandingan negara untuk beraksi dengan lebih garang memakan diri sendiri apabila gandingan Indonesia itu tidak mempunyai masalah untuk menempah slot dalam perlawanan akhir hasil kemenangan 21-18.