Faktor keselamatan atlet lebih menjadi keutamaan buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berbanding memburu slot ke saingan akhir Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2020 ia selepas badan induk itu membuat keputusan menarik diri dari Terbuka Denmark bermula 13 Oktober depan di Odense.

BAM enggan mengambil risiko untuk menyertai Terbuka Denmark selepas Piala Thomas dan Uber 2020 ditunda kepada tahun depan.

Badan induk badminton dunia pernah menyatakan sesebuah negara perlu menyertai sirkit Eropah dan Asia terlebih dulu sebelum layak ke saingan akhir Jelajah BWF yang mungkin akan diadakan hujung tahun nanti.

Bagaimanapun, dengan penularan wabak Covid-19 yang menular di seluruh dunia, BAM berharap BWF melonggarkan syarat tersebut.

"Kami tidak akan menyertai Terbuka Denmark penganjuran Piala Thomas dan Uber telah ditunda," kata Choong Hann.

Kini, BAM sudah mencongak pelan seterusnya bagi mengekalkan kecergasan barisan pemain membuat persiapan sebelum menghadapi saingan jelajah sirkit Asia yang belum ditentukan tarikhnya.

"Kami akan memberikan tumpuan kepada saingan Liga Asia dan melihat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang bakal disediakan oleh pihak penganjur."