Kepercayaan menteri jadi motivasi Zii Jia

Oleh Muzaffar Musa 21 Mei 2020 272
Kepercayaan menteri jadi motivasi Zii Jia
Harapan pingat emas di pentas Sukan Olimpik yang ditinggalkan Datuk Lee Chong Wei kini diletakkan kepada perseorangan muda negara, Lee Zii Jia.

Justeru, Malaysia kini tidak perlu menunggu lama untuk mempunyai pemain berkualiti selepas bekas raja Siri Super itu.

Chong Wei mengakhiri kariernya di pentas Sukan Olimpik selepas meraih pingat perak di Rio empat tahun lalu

Dia ditewaskan Chen Long sebelum terpaksa melupakan kerjayanya demi faktor kesihatan.

Bagaimanapun, Zii Jia, 22, mula mempamerkan peningkatan dengan hanya memerlukan tiga tahun untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia selain turut menewaskan nama-nama besar seperti Jonatan Cristie dan Chen Long untuk diangkat sebagai harapan baru negara.

Biarpun masih muda, tanggungjawab yang dipikul Zii Jia untuk menamatkan penantian 64 tahun pingat emas negara dalam temasya itu turut meraih kepercayaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang kini diambilnya sebagai sumber motivasi.

"Sukan Olimpik masih ada setahun lagi. Memang nampak ia akan menjadi tekanan buat saya tetapi saya mahu mengambilnya secara positif," katanya dalam satu perbualan video bersama pelapor Nadi Arena, Syakirah Zulkifly.

"Seperi yang saya katakan, ia akan menjadi satu motivasi untuk saya lebih bersemangat dalam latihan.

"Saya sedia menerima cabaran yang akan datang," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen