Kem Badminton Astro: Henry gembira kerjasama Malaysia, Jepun

Oleh Penulis Jemputan 15 Disember 2019 226
Kem Badminton Astro: Henry gembira kerjasama Malaysia, Jepun
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan, bangga dengan kerjasama di antara pihak Astro dan Akademi Badminton Nippon yang menjayakan latihan intensif Kem Badminton 2019.

Kem yang dikendalikan oleh ketua jurulatih, Chan Chong Ming, itu dijalankan di Pusat Latihan Kebangsaan Tokyo.

Selepas Chong Ming menyatakan rasa puas hati ekoran komitmen serta semangat yang ditunjukkan kesemua 30 peserta, Henry jelas berbangga dengan usaha yang dilakukan itu sebagai inisiatif mencari barisan pelapis demi masa depan sukan badminton negara.

"Saya fikir Astro komited dalam pembangunan sukan ini. Kem Badminton Astro merupakan salah satu cara.

"Ia bermula tujuh tahun lalu dan diadakan setiap tahun. Kami berbesar hati dengan langkah ini, terutama pihak luar yang sanggup menawarkan diri untuk melatih pemain muda," katanya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen