Kem Badminton Astro: 30 peserta pamer semangat tinggi

Oleh Staff Writer 13 Disember 2019 81
Kem Badminton Astro: 30 peserta pamer semangat tinggi
Seramai 30 peserta sedang giat menjalani sesi latihan intensif dalam Kem Badminton Astro 2019 di Tokyo, Jepun.

Dalam tinjauan hari ini, sesi latihan yang dianjurkan Kem Badminton Astro serta Akademi Badminton Nippon itu dilangsungkan di Pusat Latihan Kebangsaan Tokyo.

Seramai 21 peserta lelaki dan sembilan wakil wanita dari seluruh negara terpilih untuk mengikuti program kali ini dan jurulatih, Chang Chong Ming, nyata berpuas hati dengan komitmen dan semangat yang dipamerkan mereka.

"Saya rasa mereka sudah menyesuaikan diri dengan latihan di sini walaupun latihan fizikal akan menjadi sukar buat semua peserta. Saya rasa mereka mempamerkan persembahan yang baik, ia agak memuaskan," katanya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen