Keluarga Chong Wei selamat

Oleh Penulis Jemputan 6 November 2017 170
Keluarga Chong Wei selamat
Tragedi bencana alam yang menimpa Pulau Pinang ketika ini turut mendapat perhatian jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang mengesahkan ahli keluarganya di Bukit Mertajam selamat daripada malapetaka itu.

Di sebalik giat menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia, Chong Wei tetap gusar dengan banjir di Pulau Pinang.

Chong Wei yang membesar di Bukit Mertajam lega apabila menerima perkhabaran kesemua ahli keluarganya yang berada di sana selamat, sekaligus membenarkannya untuk memberikan fokus kepada baki dua kejohanan musim ini, iaitu Terbuka China dan Hong Kong.

“Semua dalam keadaan baik. Kita tidak boleh buat apa-apa dengan banjir, yang penting semua orang dapat membantu. Bukan saya sahaja, saya rasa rakyat Malaysia dapat membantu mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Chong Wei turut melahirkan simpati terhadap mangsa yang terlibat dengan bencana banjir dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Saya orang Pulau Pinang dan keluarga saya ada di sana. Saya rasa semua rakyat Malaysia susah hati juga kerana Pulau Pinang menghadapi banjir paling teruk. Saya harap semua orang kekal tabah. Apa yang boleh kita bantu, kita perlu bantu mereka,” ujarnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen