Kejohanan Jemputan BAM: Tze Yong cipta kejutan juarai acara perseorangan

Oleh Muzaffar Musa 16 Ogos 2020 3897
Kejohanan Jemputan BAM: Tze Yong cipta kejutan juarai acara perseorangan
Pemain bukan pilihan, Ng Tze Yong, mencipta kejutan apabila menjuarai acara perseorangan Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas menewaskan wakil daripada saingan Divisyen 2, Leong Jun Hao, dalam aksi final di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Jalil hari ini.

Faktor kepenatan jelas menjejaskan rentak Jun Hao, yang menempuh saingan sejak saingan Divisyen 2, apabila kerap dilihat hilang tumpuan dan terperangkap dengan pukulan mengelirukan Tze Yong.

Walaupun juara Divisyen dua itu cuba bangkit pada pertengahan aksi, ia belum cukup untuk mengatasi Tze Yong, yang kelihatan lebih yakin dengan aksi tekalnya sebelum memutlakkan kemenangan 21-13 dalam set pertama.

Perlawanan mula seimbang pada awal set kedua sebelum Jun Hao mula berasakan kesakitan gara-gara ketegangan otot di bahagian perut sehingga perlu mendapatkan rawatan daripada pegawai perubatan.

Lantaran itu, prestasinya semakin merudum sambil Tze Yong menggunakan kesempatan yang ada untuk melebarkan penguasaan sebelum menoktahkan kemenangan 21-8.

Keputusan lain :
Beregu lelaki: 
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (21-14, 21-18)    

Perseorangan wanita:
Soniia Cheah mn Eoon Qi Xuan (21-16, 25-23)

Beregu wanita:
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Pearly Tan-M. Thinaah (21-14, 21-17)

Beregu campuran:
Tan Kian Meng-Lai Peijing mn Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ( 21-10, 22-20)

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen