Kejohanan Jemputan BAM: SOP BAM terima reaksi positif menteri 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 Ogos 2020 126
Kejohanan Jemputan BAM: SOP BAM terima reaksi positif menteri 
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berpuas hati dengan penganjuran Kejohanan Jemputan BAM ketika berkunjung ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. 

Berdasarkan pemerhatiannya pada hari kedua Divisyen 1 itu, Reezal berpuas hati dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) kejohanan itu. 

"Saya fikir ini satu langkah yang amat baik banyak membantu. 

"Daripada segi SOP sangat memuaskan dan diamalkan, dan saya yakin jika ini berterusan dengan norma baru, saya harap tiada penularan COVID-19 daripada kelompok sukan," katanya. 

Ditanya siapakah pemain yang menjadi pilihannya menjuarai kejohanan yang julung kali dianjurkan, tambahnya: "Saya yakin semuanya (pemain) dalam prestasi yang sedang meningkat. 

"Saya mempunyai pilihan juara yang tersendiri tetapi saya tidak boleh sebut kerana tidak adil untuk yang lain." 

 

📷 Special thanks to Youth & Sports Minister, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican for spending some time at the BAM-VICTOR Invitational Championships ⁣⁣ #BadmintonMalaysia⁣ #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, August 13, 2020


Sementara itu, pemain beregu campuran negara, Goh Soon Huat, terkilan meneruskan aksi selepas dibelenggu kecederaan pada hari pertama semalam. 

"Otot di bahagian rusuk saya mengalami kesakitan. 

"Beberapa minggu sebelum ini, kami fokus kepada aspek kecergasan jadi otot saya tidak cukup masa untuk menyesuaikan diri. 

"Ia kecederaan lama tetapi tidak serius cuma saya mula berasa sedikit tegang di bahagian itu dua hari lalu. 

"Saya tidak kesal ditimpa kecederaan apabila turun ke gelanggang," katanya yang memerlukan lima rehat hari.

Menurutnya lagi: "Saya berasa sedikit kesal dan kasihan dengan rakan gandingan, Shevon Lai. Kami cukup teruja kerana sudah lama tidak beraksi."

Keputusan lain: 

Perseorangan lelaki

Cheam June Wei kalahkan Leong Jun Hao 21-18, 15-21, 21-14

Beregu campuran 

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing kalahkan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-19, 16-21, 21-10

Ho Pang Ron-Cheah Yee See kalahkan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 20-22, 21-18, 21-17

Beregu lelaki 

Teo Ee Yi-Ong Yew Sin kalahkan Ching Kai Feng-Lwi Sheng Hao 21-19, 21-15

Ooi Jhy Dar-Yap Roy King kalahkan Choong Hon Jian-Loo Bing Kun 15-21, 21-15, 21-10

Ng Eng Cheong-Low Hang Yee kalahkan Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei 21-19, 21-11

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen