Kejohanan Jemputan BAM: Qi Xuan rendah diri mara ke final 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Ogos 2020 346
Kejohanan Jemputan BAM: Qi Xuan rendah diri mara ke final 
Aksi tumpuan perseorangan wanita Kejohanan Jemputan BAM hari ini membabitkan Eoon Qi Xuan yang memburu tiket ke perlawanan akhir. 

Qi Xuan yang bertemu pemain muda berusia 17 tahun, K. Letshanaa, mudah menewaskan pencabarnya itu secara straight set di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. 

Qi Xuan tampil lebih bertenaga dalam set pertama untuk mencetuskan kesukaran buat Letshanaa dengan kemenangan mudah 21-10.

Tidak banyak tentangan yang mampu dijelmakan Letshanaa untuk menyekat kemenangan 21-11 naib juara Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2019 itu.

Sementara itu, naib juara Remaja Dunia 2015, Lee Ying Ying, gagal menyekat kemaraan Soniia Cheah ke perlawanan terakhir bagi menepati statusnya selaku pilihan utama. 

"Kekuatan permainan saya ketika ini lebih selamat memandangkan dalam situasi rali sebelum ini, saya cenderung membuat kesilapan. 

"Tetapi saya kena tambah kekuatan kaki," kata Eoon. 

Ikuti siaran langsung Kejohanan Jemputan BAM di Astro Arena, hujung minggu ini. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen