Liew Daren gagal meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Kejohanan Jemputan Persatuan Badminon Malaysia (BAM) apabila tewas kepada Cheam June Wei 21-18, 21-11 di Akademi Badminton Negara (ABM) Bukit Kiara, sebentar tadi.

Selepas mengatasi Ng Tze Yong 21-19, 21-14 semalam, Daren yang turun bagi aksi kedua hari ini di sebelah pagi gagal meneruskan momentum apabila diatasi June Wei.

Bermula dengan cemerlang dalam set pertama namun corak permainan yang lebih kemas ditampilkan June Wei, yang meneruskan kecemerlang daripada aksi pertama selepas mengatasi Lim Chong King (21-9, 21-19), dengan kemenanga kedua yang berjaya disudahkan dalam tempoh 46 minit.

Daren akan kembali ke gelanggang pada sebelah petang untuk aksi ketiga berdepan Aidil Soleh Ali Sadikin, yang mengalami kekalahan di tangan Leong Jun Hao (21-7, 17-21, 16-21).

Bagi aksi perseorangan wanita pula, Soniia Cheah merekodkan kemenangan kedua dalam saingan kali ini apabila mengatasi Eoon Qi Xuan (19-21 21-10 21-17).

Ikuti saingan yang bersiaran langsung di sini.

Court 1:



Court 2:



Court 3: