Kanser tidak halang keghairahan Chong Wei 

Oleh Penulis Jemputan 11 Oktober 2018 1030
Kanser tidak halang keghairahan Chong Wei 
Fizikal Datuk Lee Chong Wei terkesan dengan pasca rawatan kanser tetapi tidak perwatakan ceria dan keghairahannya kepada sukan badminton.




Ini merupakan imej terkini Chong Wei menerusi perkongsian daripada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria.

Norza berpeluang berkongsi masa bersama Chong Wei yang masih memerlukan rehat untuk beberapa minggu lagi.

"Dia amat gembira dengan kejayaan Lee Zii Jia dalam Terbuka Taiwan lalu. Kami ada berbincang serba-sedikit tentang BAM dan kedudukan badminton negara selepas Sukan Asia.

"Saya amat gembira melihat keadaannya sekarang. Dia seakan sudah pulih sepenuhnya dan hanya memerlukan rehat untuk beberapa minggu.

"Dia sudah hilang berat badan, namun dia juga amat gembira dengan keadaannya. Insya-Allah keadaan akan bertambah baik nanti," katanya.

Sementara itu, bekas perseorangan nombor satu negara, Wong Choong Haan, berpandangan skuad yang diketuai ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek, perlu segera matang ketika Chong Wei berkemungkinan besar menggantung raket.

"Ini adalah waktu meruncing buat skuad perseorangan lelaki. Namun, saya berasakan skuad ini akan kembali matang. Saya harapkan pemain muda mampu meneruskan tradisi kekuatan skuad perseorangan itu," ujarnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen