June Wei terlepas rangkul Terbuka Belanda

Oleh Bernama 15 Oktober 2018 2205
June Wei terlepas rangkul Terbuka Belanda
Pemain perseorangan negara, Cheam June Wei, gagal meraih gelaran kedua tahun ini apabila tewas kepada pemain India, Sourabh Verma, dalam final Kejohanan Badminton Terbuka Belanda di Almere, hari ini.

Selaku pemain bukan pilihan, June Wei, bagaimanapun, memberi tentangan sengit dalam set pertama sebelum kalah 19-21 dan gagal bangkit dalam set kedua apabila pemain dari India itu menguasai perlawanan untuk kemenangan mudah 21-13.

June Wei, pemain nombor 93 dunia, sebelum ini merangkul kejuaraan pertamanya dalam Kejohanan Terbuka Antarabangsa Belanda ke-19 di Wateringen, April lalu.

-- BERNAMA
  

Tentang Penulis

Bernama

Komen