June Wei sedar situasi belum selamat

Oleh Staff Writer 5 Januari 2020 125
June Wei sedar situasi belum selamat
Perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei, tidak boleh lagi bersandarkan faktor usia muda untuk terus kekal dalam kem kebangsaan ketika Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuktikan mereka tidak teragak-agak menyingkirkan pemain.

Jumaat lalu, BAM turut melepaskan khidmat tiga pemain perseorangan lelaki, termasuk Soong Joo Ven.

Di atas kertas, situasi itu memihak June Wei yang sering kali disisihkan daripada pemilihan ke kejohanan utama dunia.

Bagaimanapun, dia tetap menegaskan satu kesilapan boleh menyaksikan dirinya mengikut jejak langkah Joo Ven di masa akan datang.

"Kami adalah yang tertua di sana, jadi saya perlu lakukan yang terbaik untuk jadi contoh kepada pemain muda. Berlatih bersungguh-sungguh dan berdisiplin. Kalau kami tidak boleh tampilkan aksi terbaik, akhirnya akan ikut jejak langkah (pemain) yang sudah tersingkir," katanya.

Berdasarkan situasi semasa, skuad perseorangan dan beregu lelaki dibentuk daripada kalangan pemain muda.

Membangkitkan persoalan terhadap kredibiliti Malaysia dalam acara berpasukan tahun ini adalah dalam Kejohanan Berpasukan Asia bulan depan dan seterusnya pusingan akhir Piala Thomas, Mei nanti.

"Saya rasa ia bergantung kepada BAM. Bagi saya, ia boleh beri peluang untuk buktikan kemampuan."



Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen